See PRO editionSee PRO edition

Our Page Hits today:

4791

Buah Tin (Fig Fruit)

Buah Tin berasal dari negara Asia Barat seperti Afganistan dan negara Balkan. Juga dikenali sebagai Fig Fruit atau dalam saintifik dipanggil Ficus carica.

Prof. J. A Vinson dari Universitas Scranton Amerika Syarikat telah membuat kajian dan membuktikan bahawa, Buah Tin mengandung khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain. Buah Tin tidak mengandung garam, lemak dan kolesterol, tetapi mengandung lebih tinggi kalium, serat dan zat besi. Hasil penelitian dalam 100gram buah Tin, mengandung 20 peratus daripada keperluan zat serat harian tubuh kita. Dari jumlah tersebut, lebih 28 peratus adalah jenis serat terlarut. Penelitian menunjukkan, bahawa serat terlarut boleh membantu gula dalam darah dan mengurangi kolesterol dan mengeluarkannya melalui saluran pencernaan, manakala serat tidak larut, dapat melindungi dan mencegah kanser usus besar (kolon). Makanan yang kaya dengan serat mampu mengurangkan berat badan seperti Buah Tin.

Keistimewaan yang terkandung di dalam Buah Tin ialah mempunyai bahan yang dapat melawan kanser. Di dalam Buah Tin mengandung polyphenols yang tinggi berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting bagi tubuh kita dan menyahkan free radical dalam tubuh kita yang menyebabkan kanser. Disamping itu, Buah Tin juga mengandung unsur lain yang menjadi bahan anti kanser, iaitu benzaldehyde dan coumarins. Benzaldehyde telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor dan coumarins adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat.
 
Disamping itu, serat, kalium dan magnesium di dalam Buah Tin dapat mengurangkan serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi. Satu berita baik bagi pengidap penyakit darah tinggi, dengan memakan Buah Tin dijadikan pencegah penyakit tersebut. Untuk penyakit kencing manis, serat yang terdapat di dalam Buah Tin ini dapat memperlahan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam Buah Tin iaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas, seperti glukosa dan fruktosa mampu mengawal kadar gula darah seseorang.
 
Sehubungan dengan itu, Dr. Oliver Alabaster,Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahawa jika seseorang mengambil Buah Tin, sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesihatannya dalam jangka panjang. Maka tidak hairanlah jika Buah Tin disebut oleh pakar-pakar makanan pada saat ini sebagai makanan Nutraseutikal (functional food), kerana Buah Tin bukan sekedar mengandung zat-zat yang berkhasiat, bahkan lebih dari itu dan bermanfaat sebagai penjaga tubuh dan mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu.
 
Disamping itu, Lembaga Penasihat Buah Tin di California (California Fig Advisory Board) telah mengatakan Buah Tin sebagai Nature’s most nearly perfect fruit, iaitu Buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara keseluruhan

 

Free business joomla templates