See PRO editionSee PRO edition

Our Page Hits today:

4798
HomeTentang KamiFounder Inspiration

Founder Inspiration

Assalamualaikum dan salam perjuangan.

Selamat datang dan tahniah pada anda yang sentiasa mencari peluang untuk tingkatkan kesihatan dan pendapatan.


 

“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Adalah menjadi hasrat kami membangun dan memasarkan produk kesihatan berkualiti tinggi dan standing dengan keluaran antarabangsa dimana produk ini dapat memberi impak positif kepada pengguna yang amat mementingkan soal kesihatan diri dan keluarga. Pemilihan produk kesihatan ini tidak terletak hanya sekadar harga yang berpatutan (mampu beli) malah quality, quantity dan contents haruslah merupakan bahan yang mempunyai value yang cukup tinggi demi kekuatan antibody diri. Ianya juga bukan sekadar merawat malah menjadi pencegah dan firewall kepada bahan-bahan yang boleh mencemarkan ketahanan diri. Dengan kesedaran ini maka pihak syarikat telah mengeluarkan produk Jus minuman kesihatan DelliMax untuk memberi tenaga tambahan dan kekentalan ketahanan badan yang mampu memberikan momentum kesihatan yang seimbang dan berterusan yang mana kebanyakannya adalah sokongan produk daripada luar negara. Dengan mengambil inisiatif dan kajian maka DelliMax adalah merupakan produk yang setanding dengan produk luar negara dengan mengutamakan bahan bahan terbaik seperti Buah Delima, Habbatusawda, Buah Tin, Prun malah diimbangi oleh Pemanis Daun Stevia yang diadun dengan Rosselle. 6 bahan ini merupakan adunan yang penting bagi menjadikan DelliMax mampu memberikan anda kesihatan yang maksimum.

 

Dari sudut perniagaan ini dan pendapatan, kami juga menyedari hakikat bahawa ramai diantara kita adalah merupakan golongan PENGGUNA, PENGEDAR dan PEMIMPIN samada BESAR atau KECIL juga adalah merupakan kelompok tercorot di dalam “HIRAKI PERNIAGAAN INI”, maka melalui inisiatif Syarikat kami memasang iltizam untuk bersama-sama membantu dengan menyediakan Platform untuk tuan-tuan mencipta pasaran dan mencipta kepimpinan serta jadikan sandaran utama bagi menaiktaraf sosio ekonomi keluarga. Berdasarkan pengalaman sebagai PENJAJA, PENGEDAR dan PENGGUNA TEGAR yang saban hari memerah keringat, membanting tulang bagi mendapatkan sesuap nasi, saya berpendapat, dengan peluang dan kesempatan yang ada ini, ianya mampu membuahkan sesuatu yang dapat di terapkan sebagai KONSEP PENJAJAHAN MINDA GAYA BARU demi memastikan “PERNIAGAAN INI” mampu mengubah persepsi diri yang takut gagal, habis modal, dan sebagainya “. Justeru, bertitik-tolak daripada keinsafan ini, saya telah merangka beberapa langkah yang saya jangka lebih praktikal bagi merealisasikan hasrat, yang terbit dari rintihan hati seorang penjaja asli. 

 

Pada fitrahnya setiap manusia mahu berjaya dan hidup mewah dengan kesihatan yang maksimum. Maka dengan itu, setiap daripada kita sentiasa bekerja kuat dalam mencapai impian tersebut. Alhamdulillah, dengan tertubuhnya Dellimax Resources, kami telah membuat beberapa penyelidikan dan kajian dalam menghasilkan Jus Dellimax.

 

Kelebihan Jus Dellimax ialah setiap ramuan buah-buahannya diimport dari Benua Eropah, Timur Tengah dan Asia. Disokong pula dengan harganya yang mampu beli iaitu RM 59.50 bagi setiap botol (400ml). Insyaallah, semua golongan masyarakat mampu menjadikan Jus Dellimax sebagai minuman kesihatan (tambahan) harian.Kini Dellimax Resources telah siap sedia untuk memasarkan produk antaranya ialah Jus Dellimax yang amat membanggakan kami. Atas kesedaran dan pengalaman saya hampir 20 tahun, dalam bidang jualan lansung (MLM) Dellimax mengambil pendekatan bukan MLM tetapi konsep MSB (mengguna sambil berniaga).Adakah anda masih tercari-cari peluang untuk membaiki taraf kehidupan anda sekarang? Atau menambahkan lagi rangkaian cabang perniagaan anda sedia ada? Atau anda telah serik dengan laluan perniagaan berasaskan produk kesihatan?

 

Bagi kami jawapan kepada persoalan di atas adalah Dellimax. Kami telah berpengalaman lebih 15 tahun dalam aliran perniagaan terutama yang melibatkan MLM dan industri produk kesihatan. Dellimax diwujudkan daripada proses pembelajaran dari pasaran dan keadaan semasa market product. Walaupun sama tetapi tidak serupa, walaupun susah boleh dipermudah. Itulah yang kami highlight pada masa sekarang. Contohnya, kita sediamaklum bahawa banyak produk kesihatan berada di pasaran sekarang namun kebanyakannya adalah aliran yang sama, tidak seperti Dellimax kerana kami mencari satu kelainan yang nyata dapat membezakan antara kami dengan mereka. Secara dasarnya Dellimax adalah suatu perniagaan, tetapi setelah anda menyertai kami ia bukan sahaja perniagaan tetapi suatu komuniti yang tiada jurang dan sentiasa memberikan anda beyond expectation.

 

Konsep mudah, harga murah, kualiti anda tentukan. Hubungi kami dan agensi berdekatan anda untuk keterangan lanjut.

 


“JIKA KITA INGINKAN SESUATU YANG TAK PERNAH KITA MILIKI, MAKA HARUSLAH KITA BERANI MELAKUKAN SESUATU YANG TAK PERNAH KITA LAKUKAN”

Ayuh..!! bersama DelliMax – Enrich. Life

 

 

 

 

Free business joomla templates